SI JAMBUL PANELIS FORUM EHWAL ISLAM

Friday, December 4, 2009


Salam..ada ke kome nengok Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 semalam. Tajuk Forum tu lebih kurang "SAMPAI BILA KITA HARUS BERBICARA " .Fokus perbincangannya ialah berkenaan HIV dan AIDS. Ahli Panelnya Cikgu Azmi dari TERAS, Dr.Fazley, penyanyi tu dan Dr Adibah, Timbalan Pengerusi majlis AIDS Malaysia.

Apa yang teman nak bangkitkan disini ialah ahli panelis perempuan sorang tu, tudungnya yang dipakai nampak jambul...apalah Forum Perdana Ehwal Islam le tu..bukan Forum AIDS..kalau ye pun pakailah tudung elok-elok sikit..biarlah menepati majlis yang ada nama Islam tu...

Hujahnya pulak tu..hempeh..apalah JAKIM ambik orang macam ni jadi panelis..tak ada orang lain ke..dari faham Islam, jadi bertambah tak faham audien dibuatnya..nengokkan perangai panelis tu...

Apa pun tahniah diucapkan kepada Cikgu Azmi TERAS, mantap hujahnya..jalan penyelesaian AIDS,HIV ni..balik kepada Al-Quran dan Hadis

RELAX SAT....ON TOP OF THE WORLD

Thursday, December 3, 2009



ON TOP OF THE WORLD




He is on top of the world.
Babu operator sebuah kren (crane) di Burj Dubai,adalah di posisi tertinggi di dunia...819 meter.
Berasal dari India.
Kren itulah rumahnya.Dah berada diatas dah setahun.
Dibayar gaji 30 ribu dirham sebulan.

I dare not.
What about you? Surely you want to say something.

MOH KITA SOKONG TUK GURU

Wednesday, December 2, 2009

 

Salam ukhwah..saya dapat info ni dr laman http://anakmualaf.blogspot.com/ 

so jika puak-puak deme berkumpul setakat 50 orang mendesak Tok Guru letak jawatan..moh kita wahai rakyat Malaysia..amnya dan rakyat kelantan khususnya kita pakat pergi menyokong Tuk Guru..pakat mari ramai-ramai..tunjukkan sokongan kita kepada Tok Guru..Hidup Islam




SOKONGLAH KEPIMPINAN ULAMA'

Nik Aziz Dan Anwar Ibrahim telah membuktikannya. Peminpin Umno BILA LAGI ?

Tuesday, December 1, 2009




Kelmarin The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009. Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang. Dan diantara yang tersenarai adalah tokoh politik dan ulama terkenal tanah air tak lain tak bukan T.G Nik Aziz .

Dengan tersenarai nama TGNA dalam 50 muslim berpengaruh melenyapkan segala kritikan musuh yang menghina dan mempertikai kewibawaan beliau dengan melebelkan beliau ulama kampung serta meramalkan kerajaan yang dipimpin oleh TGNA mampu bertahan 3 bulan sahaja ,namun alhamdulillah berkat kesabaran seorang ulama tersohor ini bukan setakat tiga bulan tapi dah menjankau 20 tahun.syabas tok guru idolaku.

Seorang lagi tokoh pembangkang tanah air aitu saudara Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia.Walau beliau telah dihina dengan pelbagai fitnah dan keluar masuk penjara dan turun naik Mahkamah serta dihina sebagai pegkhianat namun dengan pengiktirafan tersebut melenyapkan segala kritikan tersebut.

BIAR FOTO BERBICARA...KESIANNYA...

Sunday, November 29, 2009

Gambar Hari Ini .. Kesian..

Salam Sejahtera...

RATU England, Ratu Elizabeth II (duduk dua kiri) bergambar bersama pemimpin negara Komanwel sebelum merasmikan mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel ke-20 (CHOGM) di Trinidad and Tobago, semalam. Turut kelihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (belakang tiga dari kanan).
Nov 29, 2009 6:35 am

Sedih hati, pemimpin no 1 negara aku diketepikan, dikebelakangkan.. kesian sungguh...kena berdiri barisan belakang sekali,opps..mungkin sebab dia tinggi kot atau memang patut duk kat situ atau doa TGNA dah mustajab kot... tak patut sungguh penganjur... cuba bayangkan kalau pemimpin aku tu duduk bersebelahan Ratu Elizabeth.. tentu riuh gegak gempita negara negara aku.. hebat...

CHE DET MENTERI KANAN..

Wednesday, November 18, 2009

Apa cerita Dato' Lajim Ukin cadangkan supaya Che Det yang dah pencen tu dilantik jadi Menteri Kanan Kerajaan Malaysia supaya dengan lantikan itu dia boleh komen atau kritik mana -mana yang tak betul tu dari dalam sahaja...tak perlu dihebahkan seperti la ni..


Buat habis duit kerajaan dan ngabihkan kupon SUBUR ( dlm lain perkataan ngabihkan beras je). Cukuplah tu..hari tu dia dah kasi tau dia ni nyanyuk..tak faham-faham lagi ke..kalau dah nyanyuk tu tak payahlah ambik pot sangat apa yang dia cakap atau yang dia tegur..Carilah orang lain yang boleh bagi nasihat..tak payahle bagi orang nyanyuk yang tak jumpa ayat haramkan arak dalam Al-Quran ni..


Dato' Lajim Ukin patutnya suruh dia dudukle beramal supaya sempat tahu perkara agama dan sempatle baertaubat kalau dah menyedari diri tu banyak melakukan kesilapan dan kesalahan..

AMY SEARCH BUKAN AMY SEARCH DULU LAGI

Sunday, November 15, 2009




Ikon penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi.

Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.

"Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini.

"Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur -- lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.

"Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita.

"Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah Mastika sejak tahun 1996. Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah.

Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.

"Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara.

"Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji," katanya.