JAGA-JAGA..KITA TENGOK SIAPA NAK KENA...

Tuesday, October 27, 2009
Peristiwa jambatan yang merentangi Sungai Kampar di Pusat Ko-Kurikulum di SK Kuala Dipang runtuh yang telah menyebabkan satu kematian dan dua masih hilang akan mendapat perhatian yang serius dari SPRM.

Kome pecaya ke SPRM akan siasat punca kejadian ini sama ada ianya ada melibatkan rasuah atau tidak..ha ha ha..Siasat punya siasat ..rupa-rupanya geng deme juga yang buat jambatan tu..keluar kenyataan nanti tanah kawasan tu lembut kerana ditepi sungai maka sebab itu jambatan yang merentangi sungai itu terbongkang ..lepas tu tutup kes pasai yang terlibat tu tentu puak-puak UBN

Memang le kita yakin ianya takdir Allah..tapi kita mesti juga melihat sebab -sebab yang membawa runtuhnya jambatan tu..baru buat dah runtuh..mesti ada something wrong somewhere..Siasat jangan tak siasat..lepas tu umumkan hasil siasatan..kalau tak pun buat Jawatankuasa Siasatan yang berkecuali..

UMNO TAK TAHU MALU BUAT SIDANG DUN MACAM MESYUARAT JKKK...

Sidang DUN Perak hari mencatatkan satu lagi sejarah hitam buat sebuah Negara Demokrasi Malaysia..dimana ADUN PR telah dihalang dari masuk ke Dewan untuk bersidang..ADUN PR telah dihalang oleh Pasuikan Polis yang hari ini diberi tugas khas untuk mengawal Sidang DUN Perak.

Semasa ADUN PR sibuk bergelut dengan Polis untuk masuk ke dewan..MB BN sorang ni yang tak tahu malu telah membentangkan Bajet Negeri Perak 2010 dalam masa setengah jam saja. Bajet apa le dibentangnya  ye..Macam bajet nak buat majlis Hari Anugerah Tadika Kemas je ..


Inile kome..rupa sebeno BN..Penakut, pengecut, tak ada teloq, tak tahu malu dan.....Kalau betul Kerajaan tu sah..apa yang takut nak bentang Bajet tu ketika ADUN PR ada..Kalau dah muka tak tahu malu tu..nak buat macam mana lagi itule koje UBN..

CHE DET..(TOK DET) NGAKU DIA NYANYUK..

Monday, October 26, 2009

Kome nengok ke idak berita tv malam tadi..Tok Det ngaku dia nyanyuk..dia kata Tuan Guru Dato' Nik Aziz MB Kelate nyanyuk macam saya..katanya..ha..ha..ha.. Mengaku dia weh..itule pasainya cadangnya nak ngata ke orang lain..tak sedor terkatakan diri sendiri. Puak reporter dah ketawa berdekah-dekah..Tok Det ingat orang ketawakan TGNA..rupe-rupenya reporter tu semua ketawakan dia kah..kah..kah..ha.ha..

Dah memang pun nyanyuk Tok Det ni..tak reti-reti lagi..kalau dah nyanyuk tu buatle cara nyanyuk..bawak-bawakle bertaubat..ini tak..asyik nak ngomel je..


Tak faham betul aku sikap orang tua ni..Pi le ke surau ke masjid ke..mengaji..bagi faham sikit agama tu..Keterlanjuran yang telah dilakukan itu harus disusuli dengan bertaubat..entahle deme ni..tak faham aku..macam tak berdosa je..

Esok DUN Perak Bersidang lagi..


Jadi ke idak deme ni nak bersidang...DUN Perak akan bersidang esok..Kedua-dua belah pihak BN dan PR telah dipanggil oleh Speaker masing-masing...


Sivakumar Speaker yang sah telah memanggil ADUN PR untuk attend sidang DUN..A.Ganesan Speaker tak tahu malu pun dah panggil ADUN BN yang juga tak tahu malu untuk datang bersidang..Kabonya macam-macam peraturan yang tak ikut peraturan deme dah buat..Peraturan batutnya merungkaikan masalah dan kekalutan..BN kalut nak buat peraturan baru untuk menghadiri sidang DUN kononnya nak menghuraikan kekalutan..yang sebenornya makin kalut..


Semua penyokong PR Bermohonlah kepada Allah agar ditunjukkan kebenaran dan bermunajatlah agar Allah memberi petunjuk kepada Kerajaan yang tak tahu malu ni...