BIAR FOTO BERBICARA...KESIANNYA...

Sunday, November 29, 2009

Gambar Hari Ini .. Kesian..

Salam Sejahtera...

RATU England, Ratu Elizabeth II (duduk dua kiri) bergambar bersama pemimpin negara Komanwel sebelum merasmikan mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel ke-20 (CHOGM) di Trinidad and Tobago, semalam. Turut kelihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (belakang tiga dari kanan).
Nov 29, 2009 6:35 am

Sedih hati, pemimpin no 1 negara aku diketepikan, dikebelakangkan.. kesian sungguh...kena berdiri barisan belakang sekali,opps..mungkin sebab dia tinggi kot atau memang patut duk kat situ atau doa TGNA dah mustajab kot... tak patut sungguh penganjur... cuba bayangkan kalau pemimpin aku tu duduk bersebelahan Ratu Elizabeth.. tentu riuh gegak gempita negara negara aku.. hebat...

CHE DET MENTERI KANAN..

Wednesday, November 18, 2009

Apa cerita Dato' Lajim Ukin cadangkan supaya Che Det yang dah pencen tu dilantik jadi Menteri Kanan Kerajaan Malaysia supaya dengan lantikan itu dia boleh komen atau kritik mana -mana yang tak betul tu dari dalam sahaja...tak perlu dihebahkan seperti la ni..


Buat habis duit kerajaan dan ngabihkan kupon SUBUR ( dlm lain perkataan ngabihkan beras je). Cukuplah tu..hari tu dia dah kasi tau dia ni nyanyuk..tak faham-faham lagi ke..kalau dah nyanyuk tu tak payahlah ambik pot sangat apa yang dia cakap atau yang dia tegur..Carilah orang lain yang boleh bagi nasihat..tak payahle bagi orang nyanyuk yang tak jumpa ayat haramkan arak dalam Al-Quran ni..


Dato' Lajim Ukin patutnya suruh dia dudukle beramal supaya sempat tahu perkara agama dan sempatle baertaubat kalau dah menyedari diri tu banyak melakukan kesilapan dan kesalahan..

AMY SEARCH BUKAN AMY SEARCH DULU LAGI

Sunday, November 15, 2009




Ikon penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi.

Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.

"Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini.

"Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur -- lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.

"Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita.

"Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah Mastika sejak tahun 1996. Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah.

Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.

"Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara.

"Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji," katanya. 

MORALLY WRONG..ALAMAK APA NI..

Saturday, November 14, 2009


Bila CUEPACS kata nak jumpa PM untuk nak mintak juga Bonus @ bulan tu..PM kata CUEPACS morally wrong..Kerajaan tak cukup peruntukan takkan nak mintak juga ..macam tak faham je CUEPACS ni..CUEPACS jawab ahlinya yang suruh minta..maka kenalah Hj Osman mintak juga kat PM..

PM pun tak patut kata kat government servant (GS) morally wrong..ai macam tak pernah berjasa ke GS dalam meningkatkan dan memajukan tanah air tercinta ni..

Kalau pun tak boleh nak kasi bonus tu..cakaplah elok-elok..kan ke berbudi bahasa namanya kalau bercakap guna bahasa yang baik-baik..sapa pun tak rasa kecewa dan sedih..

Apa pun harapan yang amat tinggi dari semua GS agar akan ada bonus ni..tak dapat dua bulan, sebulan pun jadile..dapatle juga ngurangkan beban belanja akhir tahun nak nyekolahkan anak..

N9 JUARA PIALA MALAYSIA

Sunday, November 8, 2009

Negeri Sembilan berjaya menggapai cita-cita untuk menjadi juara Piala Malaysia malam tadi apabila mengalahkan Kelantan 3-1 dalam perlawanan yang penuh dramatik di Stadium Bukit Jalil dengan disaksikan oleh lebih darpada 80 ribu penonton.

Jaringan gol N9 telah disumbat oleh Shahruain, Hairuddin dan penalti oleh ZaquanAdha dan Kelantan membalas melalui jaringan sepakan lencon cantik dari Indera Putra pada minit-minit akhir perlawanan.

N9 telah menunggu lebih 50 tahun untuk menjadi juara Piala berprestij ini. Jurulatih N9 Wan Jamak melahirkan rasa kegembiraan atas kemenangan tersebut dan berjanji akan mengekalkan pemain yang sama pada tahu akan datang disamping menambah pemain-pemain lain.

AKHIL HAYY KEMBALI KE PENTAS CERAMAH POLITIK

Sunday, November 1, 2009
Penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy menyatakan kesediaannya untuk kembali ke pentas-pentas ceramah bagi menyampaikan dakwah seperti dahulu. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Waheeda di Dewan Gutherie Bukit Jelutong, Shah Alam petang semalam.

"Ya, saya akan kembali ke pentas ceramah seperti dahulu. Sekarang saya dah kenal siapa kawan, siapa lawan," katanya.

Akhil yang popular dengan panggilan Ustaz 'Rock', suatu masa dahulu amat aktif menyampaikan ceramah agama dan mempunyai ramai peminat terutamanya di kalangan remaja disebabkan gaya penyampaianya yang menarik dan mesra remaja.

Teman pun dulu-dulu about 99-2003 selalu juga nengor ceramah Akhill ni..power beb..orang penuh..sambil nak dengor  ceramah dapat juga dengor lagu..Nasyid ada, 60an ada,Rock ada,Hindustan pun ada..Kal Ho Na Ho...

Bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh yang mewarnai persada seni tanah air sekitar penghujung 1980-an ini juga sering menyampaikan ceramah di pentas PAS di seluruh Malaysia.

Malah kehadirannya ke program-program ceramah PAS sering dianggap sebagai nilai tambah kepada parti kerana kelebihan yang dimiliki iaitu suara yang lunak dan sifat humor yang dimiliki.


Anak kelahiran Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng Perak ini juga pernah memberi sumbangan yang besar kepada parti dalam menarik golongan belia dan remaja untuk mendekati PAS yang memperjuangkan Islam. Masa Ceramahnya anak muda penuh..yang bersubang,berantai,bertatoo pun datang..ramai juga anak muda mula kenal PAS melalui ceramahnya.

Beliau semakin mendapat tempat di hati remaja apabila muncul dengan album 'Nasyid Lagenda' yang memuatkan lagu-lagu berunsur dakwah dan Ketuhanan dan seterusnya membintangi rancangan dakwah 'Cafe Akhil Hayy' di saluran Astro Oasis.


Beliau menyampaikan dakwah secara tidak formal melalui rancangan tersebut dan berjaya menarik minat bukan sahaj golongan remaja malah golongan dewasa.

Kesibukannya sebagai artis yang membawa imej Islam dan program berbentuk dakwah menyebabkan beliau tidak mempunyai banyak masa untuk menerima undangan ceramah.


Namun, mengikut ceritanya beliau akan kembali ke medan ceramah seperti dahulu.Mudah-mudahan kehadiran semula (comeback) akan menyemarakkan semula perjuangan anak muda kita terhadap PAS dan PR.